21 Mac 2011

NONA ROGUY RM340 FREE POS

Semuanya dalam satu pek pada harga yang berpatutan RM340

* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm




Impikan badan yang kembali menawan dan langsing selepas habis berpantang?
Pengalaman Berpantang Sharifah Nor Irma Menggunakan
Herbanika Bersalin Nona Roguy

Saya merupakan ibu kepada 5 orang anak. Pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang menarik bagi saya. Mungkin berlainan orang berlainan pendapatnya. Namun yang pasti, ramai yang akan bersetuju dengan saya dan tidak keterlaluan jika saya katakan semua ibu-ibu ingin mendapatkan kembali bentuk badan yang asal selepas bersalin.

Di sini saya ingin berkongsi amalan saya semasa berpantang secara keseluruhannya agar wanita lain turut mendapat kebaikan ini. Saya mengamalkan pemakaian bengkung selepas bersalin. Saya memakainya bersama-sama sapuan Minyak Herbanika Nona Roguy (NR) dan Herbanika Barut Nona Roguy (NR) di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Saya turut menggunakan campuran Minyak Herbanika Nona Roguy (NR) sebagai minyak untuk mengurut.

Dari segi pemakanan pula, saya banyak minum air dan memakan makanan berkhasiat. Saya turut mengamalkan meminum air Akar Herbanika Nona Roguy (NR) dan memakan PhytoNatal Nona Roguy (NR). Pemakanan penting untuk mendapat badan yang sihat dan cergas. Di samping itu, ia juga dapat menghasilkan susu yang banyak dan baik untuk menyusu bayi. Dengan cara pemakanan yang baik ini saya dapat menyusu bayi saya sepenuhnya sepanjang waktu berpantang dan berterusan sehingga anak saya berusia 2 tahun.

Hasil keseluruhannya, saya amat berpuas hati. Terdapat perbezaan yang ketara berbanding ketika saya berpantang pada kali pertama di mana saya tidak mengambil set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR). Saya tidak mengambilnya pada kali pertama berpantang kerana berasakan harganya mahal. Namun setelah mencubanya, harga itu amat berpatutan dengan kesan yang amat memuaskan. Saya terus mengamalkan produk-produk Nona Roguy (NR) setelah habis tempoh berpantang sehingga kini untuk menjaga kesihatan saya. Oleh kerana itu, saya ingin mensyorkan produk Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR) ini untuk amalan anda semua. Sekali anda cuba, pasti anda akan mencari lagi kerana kemantapannya.

Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Mengandungi

* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
Inginkan kesihatan anda kembali pulih selepas berpantang?

Inginkan produk yang terjamin kualiti dan keberkesanannya?


Tahukah Anda?

* Amalan berpantang yang betul dapat mengekalkan awet muda

* Pengeluaran darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang lancar selepas bersalin dapat mengembalikan kejelitaan dan kesihatan ibu

* Melulur dapat menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan penyakit kebas, bisa otot serta sendi dan urat saraf


Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan.
Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Hakcipta Terpelihara 2009 D Anggun Beauty